Dannii Minogue
Dannii Minogue

Dannii Minogue

Danielle Jane Minogue (lahir 20 Oktober 1971) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan model Australia. Beliau mencapai kejayaan menerusi peranan wataknya dalam rancangan pertandingan bakat Australia Young Talent Time (1982-1988) dan lipur lara Home and Away (1989-1990), sebelum memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pop pada awal 1990-an.[2] Minogue meraih kejayaan awalnya menerusi album studio sulungnya, Love and Kisses (1991), yang menampilkan lagu "Love and Kisses", "This Is It", "Jump to the Beat", dan "Baby Love". Susulan pelancaran album kedua, Get into You (1993), populariti Minogue sebagai penyanyi telah menurun, beliau muncul dalam pelbagai persembahan pentas muzikal termasuk Grease (1997) dam Notre-Dame de Paris (1999), dan kredit lakonan lain The Vagina Monologues dan Lady Macbeth (kedua-duanya 2000).